PERBEZAAN IKAN KELAH DAN IKAN TENGAS

Kepada kaki pancing yang gemar memancing di kawasan sungai terutamanayna kawasan pergunungan, semestinya ikan kelah dan tengas merupakan antara spesies ikan yang pasti dicari. Ini kerana kedua spesis ini kebanyakkan berada di sungai pergunungan kerana mempunyai jeram dan air yang bersih.
Sebagai pengetahuan anda, kedua-dua spesis ini mempunyai ciri fizikal yang kelihatan hampir sama. Ini selalunya pemancing sering keliru untuk membezakan antara ikan kelah dan tengas tambahanan kepada pemancing baharu.
Walaupun keadaannnya kelihatan hampir sama, tetapi ianya boleh dikenalpasti mana satu kelah dan tengas. Disini kami akan membantu anda untuk mengenalpasti perbezaan antara ikan kelah dan tengas.
APA ITU IKAN KELAH
Ikan Kelah atau bahasa Inggeris Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
APA ITU IKAN TENGAS
Ikan tengas atau bahasa Inggeris Neolissochilus hexagonolepis juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi di Semenanjung Malaysia. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia.
BEZA ANTARA IKAN KELAH DAN TENGAS
Berikut adalah merupakan perbezaan kedua-dua spesis ini untuk memudahkan anda mengenalpasti:
IKAN KELAH | IKAN TENGAS |
Sekiranya diperhatikan dengan teliti, ianya mempunyai sisik yang rapat. Mempunyai lebihan isi yang panjang pada mulut atau bibir. Ini merupakan identiti khas bagi ikan kelah. Ikan kelah turut terdapat lebihan di cuping median Jika diterbalikkan, terdapat 3 garis pada bahagian bibir ikan kelah. | Sekiranya diperhatikan dengan teliti, ianya mempunyai sisik yang lebih jarang Lebihan isi pada bibir ikan tengas amat pendek Jika diterbalikkan, terdapat 2 garis pada bahagian bibir ikan tengas. |
KENALI JENIS IKAN KELAH DAN IKAN TENGAS
Berikut adlaah merupakan jenis kedua spesis ini yang terdapat di Malaysia:
Jenis Ikan Kelah
- Kelah emas(golden)
- Kelah merah
- Kelah bara
- Kelah biru
- Kelah hijau(kejor)
- Kelah pasir(coklat)
Jenis Ikan Tengas
- Tengas daun
- Tengas batu(coklat)
Ketahui juga tentang HARGA IKAN SUNGAI TERKINI DI MALAYSIA (BERAPA SEKILO)
Trackbacks/Pingbacks