RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK ORIGINAL PAHANG

Setiap kali kalau sebut je tempoyak, pasti korang semua dah terbayang kelazatannya jika dimasak bersama ikan patin. Sekiranyan anda berjalan-jalan ke Pahang tertutamaya di Temerloh yang terkenal dengan masakan ikan patin tempoyak ini keranya ianyan merupakan juadah asli tradisional Pahang yang begitu popular dan digemari ramai.
Tetapi sekiranya anda tidak berpeluang dan tiada masa pergi ke sana dan merasainya, anda boleh cuba untuk membuat sendiri di rumah. Ini kerana masak tempoyak ikan patin Temerloh ini langsung tidak menggunakan bawang. Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin, daun kesum dan juga bahan-bahan lain yang sudah sedia ada di dapur anda.
Disini kami berkongsikan cara untuk memasak resepi ikan patin masak tempoyak Pahang ini.
BAHAN UNTUK MEMASAK PATIN TEMPOYAK
Pastikan anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu sebagai persediaan untuk memasak resepi patin tempoyak ini:
- 1 ekor ikan patin
- 1 senduk tempoyak
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- 7 – 15 biji cili api |nak pedas tambah lagiGer
- 1 inci kunyit hidup
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK PAHANG
Antara 3 bahan yang penting dalam menghasilkan ikan patin tempoyak yang sedap dan menyelerakan adalah cili padi, tempoyak dan kunyit. Berikut adalah merupakan cara memasak resepi ini:
- Cuci bersih ikan patin tersebut kemudian letak dalam periuk. Pastikan Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
- Masukkan bahan -bahan ke dalam mesin pengisar, dan kisar dengan sedikit air
- Anda boleh tambah tempoyak mengikut citarasa anda
- Kapasititi Air bergantung kepada citarasa anda.
- Sekiranya ingin pekat masukkan sedikit air.
- Sekiranya ingin sedikit cair anda boleh tambah air
- Bagi anda yang suka pedas boleh tambah cili mengikut citarasa anda.
- Setelah siap dikisar, masukkan bahan tersebut ke dalam periuk yang berisi ikan patin tersebut.
- Kemudian masukkan sedikit daun kesum dan bunga kantan.
- Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya mendidih. Kemudian masukkan perasakan garam & gula.
- Tunggulah sampai ikan masak, selesa. Masak Ikan Patin ikut resepi asli Temerloh Ini, lagi pekat kuah tempoyak Sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.
NOTA:
- Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
- Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.
Ketahui juga tentang PERBEZAAN IKAN KELAH DAN IKAN TENGAS
Trackbacks/Pingbacks