PUNCA KENAPA IKAN BILIS MATA BIRU NAIK KE DARAT

Terkini tergempar dengan kejadian Ikan bilis mata biru yang sinonim dengan Pulau Pangkor terdampar di pantai Pasir Bogak. Ianya mencetus tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Kenapa kejadian ini berlaku masih menjadi persoalan
Kejadian ini diviralkan dengan beberapa video memaparkan situasi itu serta individu mengutip ikan itu turut dimuat naik di media sosial
FENOMENA KEJADIAN IKAN MATA BIRU NAIK KE DARAT
Berikut adalah merupakan antara penjelasan daripada penduduk setempat:
- Kejadian hanya berlaku di tepi pantai Pasir Bogak, Pangkor.
- Pada ketika itu ombak tidak terlalu tinggi tetapi air pasang penuh. Antara penduduk yang melihat seperti ada kerlipan di tepi pantai terkejut mendapati ia adalah ribuan ikan bilis mata biru yang terdampar.
- Apabila sudah heboh, ramai penduduk setempat yang datang kutip pada masa kejadian dan ada yang menunggu juga tetapi tiada lagi bilis yang naik
- Fenomena kejadian adalah merupakan kali pertama berlaku dan ini masih lagi menjadi persoalan kerana punca ia berlaku masih tidak diketahui
- Fenomena ini boleh dianggap petanda baik juga kerana menunjukkan ikan itu sentiasa ada, kena usaha dan bersyukur serta menginsafi apa berlaku. walaubagaimanapun sekarang ini memang tak dinafikan ikan memang tengah banyak, rezeki tak putus bulan ini dan ikan bawal pun ada.
- Antara petikan penduduk setempat, ikan termenung juga banyak didapati sekitar perairan Pulau Pangkor dan Lekir hingga ada yang dapat 200 kilogram ikan itu
TINDAKAN JABATAN PERIKANAN PERAK
- Jabatan Perikanan Perak memaklumkan pihaknya menerima maklumat kejadian itu semalam dan Pejabat Perikanan Daerah Manjung akan turun ke lokasi hari ini untuk tindakan lanjut selain Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Kampung Acheh juga akan melakukan kajian berhubung kejadian itu.
- Sementara itu, Pengarah Perikanan Perak, Noraishah Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membuat pemerhatian dan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar fenomena itu.
- Beliau berkata, satu batu nautika dari persisiran pantai adalah zon konservasi kawasan pembiakan semua jenis ikan.
- “Jadi kita tak pasti jika sumber bertambah dan setakat ini kita tidak tahu punca (fenomena ikan bilis terdampar itu tetapi meneliti serta membuat siasatan,” katanya.
Ketahui juga tentang PENYAKIT IKAN AIR TAWAR DAN CARA RAWATAN
Trackbacks/Pingbacks