JENIS IKAN KELAH BIRU DI MALAYSIA
Semestinya ikan kelah biru mendapat sambutan yang hangat untuk diletakkan dalam aquarium kerana warna kebiruannya yang menarik. Sampaikan ada sesetengah penternak dan penghobi ikan kelah, mereka boleh mem”biru”kan ikan kelah merah dengan menggunakan bahan bahan tertentu. Disini kami akan kongsikan kepada anda jenis-jenis ikan kelah biru, semoga membantu.
KENALI IKAN KELAH
Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan Kelah amat bernilai kerana rasanya yang sangat sedap dan manis, sisiknya yang kenyal berkilau serta boleh dimakan dan kehebatan bertarung di air dalam “sport fishing”. Populasi ikan ini sangat kecil dan terhad.
Pelbagai gelaran diberi bagi menunjukkan kehebatan ikan ini seperti “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekali gus harganya termasuk dalam kategori ”Mahal”
JENIS IKAN KELAH
Berikut adalah merupakan antara jenis-jenis ikan kelah yang sedia ada:
- Tor Tambra
- Tor Tambroides – kelah merah
- Tor Duoronensis – kelah biru
JENIS IKAN KELAH BIRU
Spesis Ikan Kalah Biru ini sangat sukar didapati di Malaysia. Spesis ikan kelah ini boleh didapati di sekitar kawasan Taman Negara Endau Rompin dan juga boleh didapati di Sungai Langat, Selangor dan Sungai Lipis di Pahang. Berikut adalah merupakan antara jenis ikan kelah biru yang terdapat di malaysia:
- Ikan Kelah Biru ini juga jika diperhatikan seperti ikan Deccan Mahseer atau “Tor Khudree” di India. Walaupun wajahnya kelihatan sama dan ada iras kebiru biruan, tapi dari segi kemampuan untuk membesar, sangat jauh bezanya. Ikan Kalah Biru Malaysia hanya membesar di bawah 3kg sementara ikan Deccan Mahseer boleh membesar hingga puluhan kilogram seperti gambar di atas.
- Ikan Kelah Biru Thailand kebanyakkan dijual di kedai kedai akuarium yang kelihatan seperti ada garisan kehitaman merentasi horizontal dari ekor ke kepala. Tubuh badan ikan kelah biru Thailand ini juga lebih “membulat”.
MITOS IKAN KELAH
Bacalah sedikit mitos Si Raja Ikan ini
- Dari cerita rakyat dahulukala Ikan Kelah adalah berasal dari syurga dan diturunkan bersama manusia pertama ke bumi. Ikan Kelah dihukum turun ke bumi kerana menyebarkan berita kepada penduduk syurga mengenai hukuman tuhan kepada manusia pertama, disebabkan itulah mulut ikan kelah sentiasa bergerak seperti sedang bercakap. Disebabkan ia pernah menjadi makhluk syurga maka ikan ini sangat sedap dimakan baik pun isi nya yang manis dan berstraktur gebu sehinggalah ke sisiknya yang rapuh dan kenyal bila dimasak.
- Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
- Bagi dikalangan rakyat Malaysia, hidangan ikan ini hanyalah untuk golongan bangsawan dan orang-orang kaya sahaja memandangkan harganya yang cukup mahal dan sukar diperolehi. Harga ikan ini yang siap dimasak di restoran bermula sekitar Rm300 dan jika di Kuala Lumpur harganya boleh melangkaui Rm 500 sekilogram.
Baca juga tentang JENIS KHEMAH YANG PALING POPULAR DI MALAYSIA