Cara Menternak Ikan Laut Di Aquarium

Untuk menternak ikan laut di aquarium pada asasnya adalah, anda perlu mengetahui cara Setup Akuarium Ikan Air Laut. Memiliki akuarium ikan air laut tentu menjadi impian bagi para peminat ikan hiasan. Untuk mendapatkan keindahan akuarium ini kita kenalah mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara setup akuarium jenis ini, dan rajin-rajinlah berkunjung ke kedai-kedai akuarium.

Akuarium ikan air laut dikenali juga sebagai akuarium ikan air masin dan akuarium marin. Ianya terbahagi kepada 2 iaitu:

 

  1. FOWLR (FISH ONLY WITH LIVE ROCK)

Akuarium hanya mempunyai batu karang dan ikan sahaja.

Setup yang murah dan mudah untuk penyelenggaraan.

 

  1. REEF AQUARIUM

Akuarium mempunyai hiasan terumbu karang(coral), batu karang dan ikan.

Lebih menarik dan unik.

Kos sedikit tinggi dari FOWLR dan penyelenggaraan perlu berkala.

 

 

KEPERLUAN/PERALATAN ASAS UNTUK MENYEDIAKAN AKUARIUM AIR LAUT

 

  1. AKUARIUM DAN SUMP TANK

Akuarium air laut perlulah mempunyai sistem sump tank supaya air dapat ditapis dan bergerak lebih efisyen. Sump tank ialah akuarium yang diletakkan di bawah akuarium utama untuk dijadikan sebagai penapis. Penapis kapas, protein skimmer dan media bakteria akan diletakkan di dalam sump tank ini.

 

  1. LAMPU

Lampu yang digunakan bergantung kepada saiz akuarium dan hidupan samada FOWLR atau pun Reef. Jika anda hanya membela ikan tanpa coral lampu yang diperlukan tidaklah mahal dan tidak tinggi wattnya. Manakala jika anda ingin memelihara ikan dan coral anda memerlukan lampu yang berkuasa tinggi (Watt). Lampu ini penting untuk pertumbuhan coral kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi akuarium tidak seperti di laut.

 

  1. PROTEIN SKIMMER

Salah satu perkara yang penting dalam akuarium marin. Tugas protein skimmer adalah unutk membuang segala nutrien yang berlebihan di dalam air. Saiz skimmer bergantung kepada saiz akuarium atau pun kuantiti air akuarium.

 

  1. LIVE ROCK

Live rock ialah batu karang laut yang hidup. Apa yang dimaksudkan hidup ialah bakteria-bakteria yang terdapat pada batu tersebut. Bakteria-bakteria ini merupakan biological filter bagi akuarium anda. Ianya bertujuan untuk menukarkan segala racun/ammonia menjadi nitrate. Ammonia merupakan benda yang sangat bahaya di dalam akuarium walaupun sedikit. Ammonia terhasil daripada najis ikan dan lebih banyak terhasil daripada ikan yang mati. Fungsi bakteria pada live rock akan menukarkan ammonia-ammonia ini kepada nitrate di mana ianya tidaklah sebahaya ammonia. Namun kandungan nitrate yang tinggi pula boleh memberikan kesan yang tidak elok kepada ikan dan coral.

 

  1. PASIR

Pasir yang selalu digunakan ialah crushed coral/coral sand.

 

  1. PAM

Pam yang digunakan bergantung kepada saiz akuarium. Pam adalah jenis submersible.Pelbagai saiz/kapasiti pam mengikut saiz akuarium anda.

 

  1. GARAM

Terdapat garam yang berharga dari RM5/kg – RM20/kg bergantung kepada kualiti. Jika anda ingin memelihara ikan sahaja anda hanya memerlukan garam yang biasa seperti Instant Ocean atau Red Sea. Jika anda ingin memelihara coral maka anda perlulah menggunakan garam yang sedikit mahal seperti Red Sea Coral Pro. Garam yang agak mahal ini mengandungi kandungan KH, kalsium dan magnesium yang tinggi dan amat penting untuk pertumbuhan coral yang sihat.

 

  1. DECHLORINATOR/ANTI KLORIN

Anti klorin yang biasa terdapat di mana-mana kedai akuarium boleh digunakan.

Baca Juga : Jenama Antiklorin Aquarium Dan Sukatan Yang Perlu Digunakan

 

  1. HYDROMETER

Berfungsi untuk menyukat kandungan garam di dalam air. Garam yang dibancuh perlulah disukat menggunakan hydrometer supaya salinity/kemasinan air berada di paras yang betul.

 

  1. PENAPIS KAPAS

Penapis kapas yang biasa terdapat di mana-mana kedai akuarium boleh digunakan. Ianya berfungsi untuk menapis segala partikel/kotoran yang kasar di dalam akuarium.