Senarai Santuari Ikan Kelah Seluruh Malaysia

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan Kelah amat bernilai kerana rasanya yang sangat sedap dan manis, sisiknya yang kenyal berkilau  serta boleh dimakan dan kehebatan bertarung di air dalam “sport fishing”. Populasi ikan ini sangat kecil dan terhad. Oleh kerana populasinya yg sangat terhad, anda boleh berkunjung ke mana-mana Santuari ikan kelah berikut untuk melihat sendiri keistimewaan sang raja ikan sungai ini.

Baca Juga : PERBEZAAN IKAN KELAH DAN IKAN TENGAS

Santuari Kelah Sungai Petang

Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.

Ikan Kelah adalah spesies ikan yang cepat menghilangkan diri apabila terdengar bunyi atau terlihat kelibat manusia atau haiwan di daratan. Sekiranya berpeluang ke Santuari Kelah Sungai Petang ini, pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu Kelah di sungai yang jernih airnya dan boleh dilihat. Malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah ini seolah-olah menanti kehadiran pengunjung menghulurkan makanan iaitu ‘Pelet’ ikan.

Selain memberi Ikan Kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang dan mencium Ikan Kelah. Ikan Kelah memberi tindak balas apabila dipegang. Walaupun hidup secara liar, namun Ikan Kelah ini tetap jinak dengan pengunjung.

Santuari Kelah Sungai Petang pasti tidak mengecewakan para pelancong yang mengunjunginya termasuk untuk mandi-manda sambil memberi makan ikan kelah. Berkunjunglah ke Santuari Kelah Sungai Petang ketika melancong di Tasik Kenyir.

 

Santuari Ikan Sungai Chiling

terletak 21 km dari Pekan Kuala Kubu Bharu adalah wajib dikunjungi bagi mereka yang melancong ke Bukit Fraser. Ia merupakan projek penyelidikan perikanan yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Selangor. Jadi, tempat ini adalah di bawah pengurusan mereka dan akan ditutup pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis).

Yuran kemasukan ialah RM 1 dan semasa masuk anda akan diminta membayar deposit atau RM 3 setiap beg plastik atau botol yang anda bawa di Stesen Renjer. Pastikan anda membawa balik barang tersebut apabila anda akan keluar untuk mendapatkan semula deposit. Sanctuary dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang. Tetapi anda tidak boleh pergi ke air terjun selepas jam 3 petang.

 

SANTUARI IKAN KELAH LUBOK TENOR, SG TAHAN

Santuari Ikan Kelah terletak di Lubuk Tenor, Sungai Tahan, Taman Negara.Ia mempunyai pusat penyelidikan dan pemuliharaan ikan kelah, juga dikenali sebagai mahseer Malaysia. Dari jeti Kuala Tahan, pelancong boleh sampai ke Lubuk Tenor dengan naik hulu sekitar 15 – 20 minit.

Bermain dan mandi bersama ikan Kelah adalah aktiviti utama di samping berenang.Memancing tidak dibenarkan di Lubuk Tenor dan di sepanjang Sungai Tahan.Dalam musim kering, anda boleh melihat sekumpulan kelah berenang di perairan yang jernih.

Nikmat melihat bagaimana kelah bertindak balas dengan kelajuan kilat semasa makanan pelet dilemparkan ke atas air. Kelah dikenali sebagai raja ikan air tawar atau sungai sungai kerana dagingnya lazat. Malah sisiknya boleh dimakan apabila digoreng. Kelah sangat mahal dimana satu kilo ikan berharga seratus ringgit.Santuari ini dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

 

pusat santuari ikan kelah di Sungai Ruok, Royal Belum, Perak

Pemandangan nak sampai ke lokasi ni agak cantik sikit  berbeza dengan kawasan-kawasan lain  di Royal Belum ,sebab akan jumpa banyak tunggul kayu kat permukaan tasik dan dilatari oleh tumbuhan air

pusat santuari ikan Sungai Ruok, menempatkan beratus-ratus atau beribu ikan kelah liar yang dijinakkan dimana seperti anda sedia maklum ikan kelah antara ikan yang bernilai tinggi amat digilai oleh kaki pancing dan diancam kepupusan, jadi antara insentif yang diambil ialah cuba mengembalikan populasi dengan membiakkan ikan kelah di santuari ikan sungai ruok

 

pusat santuari ikan kelah di Tagal” Sungai Meroli, Kampung Luanti, Ranau, Sabah

Cara untuk sampai ke Sungai Meroli / Kampung Luanti melalui jalan yang sama hendak ke lokasi Ladang Teh Sabah, akan menjumpai Ladang Tea Sabah dahulu, dan selepas itu menjumpai kawasan ikan kelah jinak, Tagal sabah.

Pengunjung dikenakan banyaran untuk masuk iaitu sebanyak RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. Manakala Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.00 Tapi bagi mereka yang tinggal di kawasan Ranau tiket berharga RM3.00 dikenakan.

Melalui bayaran tiket tersebut anda boleh mandi atau berendam kaki spa ikan kelah selama 15 minit. Setiap sesi selama 15 minit. Memberi ikan kelah makan, membeli makanan ikan yang dijual. RM1.00 sebungkus, cara untuk menarik ikan kelah datang kepada anda