SENARAI JENAMA JORAN PANCING TERBAIK MALAYSIA MENGIKUT KATEGORI DAN HARGA

Bagi individu kaki pancing atau penggemar aktiviti memancing, ia memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila umpan mula mengena dan membuahkan hasil tangkapan yang di luar jangkaan.
Individu yang turut memilih hobi memancing sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang kerana bukan saja ia boleh dilakukan secara santai tetapi juga mendidik diri menjadi lebih sabar dan berdisiplin ketika memancing.
Jadi bagi penggemar aktiviti memancing ini semestinya ingin mengetahui senarai joran pancing yang terbaik. Disini kami akan kongsikan senarai joran mengikut katagori dan harga, semoga membantu.
JENIS JORAN PANCING
Kepada anda yang baru bermula dalam hobi memancing, seharusnya anda perlu mengetahui jenis joran samaada untuk memancing ikan atau udang. Berikut adalah merupakan jenis joran pancing:
JENIS JORAN PANCING | KETERANGAN |
Spinning Rod | Joran yang biasa digunakan kerana teknik yang lebih stabil untuk mengangkat joran. Reel atau kekili terletak di bahagian bawah menjadikan sesuai digunakan untuk memancing di atas bot, tasik dan sungai. |
Casting Rod | Reel atau kekili yang terletak di bahagian atas dan merupakan salah satu joran yang paling mudah untuk dikawal dan digunakan. Sesuai digunakan oleh pemancing beginner atau untuk kanak-kanak dan remaja. |
Telescoping Rod | Sesuai digunakan untuk mereka yang gemar berkhemah dan memancing di sungai atau tasik dalam hutan saiznya kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. Joran ini sangat ringan dan juga boleh dipanjangkan dan dipendekkan mengikut situasi. |
Pole Rod | Joran yang tidak menggunakan kekili dan cincin (guide). Sesuai digunakan untuk memancing ikan bersaiz kecil seperti ialah ikan puyu, ikan sepat dan juga udang galah di kolam pancing atau anak sungai atau parit. |
SENARAI JENAMA JORAN PANCING TERBAIK
Berikut adalah merupakan antara senarai joran terbaik yang ada di Malaysia mengikut katagori dan harga:
JENAMA JORAN PANCING | KELEBIHAN | KEKURANGAN | HARGA |
SEAHAWK STORM CHASER Spinning Rod | Batang joran kuat Tahan lama Jenis spinning Ringan dan Selesa | Tidak boleh untuk memancing yang lasak | Bermula RM45 |
UL Rod (Ultralight) | Harga berpatutan Terdapat 2 pilihan spinning atau casting | Kurang sesuai untuk air tawar | Bermula RM10 |
Sougayilang Telescopic Fishing Rod | Mudah digunakan Boleh dibawa ke mana-mana Sesuai untuk kekili spinning Tidak Mudah Berkarat Handle Selesa dipegang | Hujung batang boleh bengkok dengan kuat jika terlalu berat | Bermula RM20 |
Sougayilang Fishing Rod Casting M Power For Freshwater Fishing | 2 pilihan saiz, 1.8m & 2.1m Joran 2 bahagian Mudah dibawa kemana-mana Joran jenis casting | Bermula RM25 | |
Exori Hunter Power Prawn Stick Rod | Joran udang tahan lasak Ada guide ring Harga murah Sesuai untuk memancing udang Jenis spinning rod | Batang joran tak dapat dipisahkan Sukar dibawa ke mana-mana | Bermula RM30 |
New Sniper Super Tiny Prawn Fishing Rod | Harga murah Saiz kecil Sesuai untuk memancing guna kaedah spinning | Kurang sesuai untuk pancing ikan saiz besar | Bermula RM20 |
KastKing Max Steel Rod Carbon Spinning Casting Fishing Rod | Boleh menampung pelbagai saiz berat umpan Sesuai untuk pancing ikan keli & trout Boleh pancing ikan saiz panfish | Harga agak mahal | Bermula RM70 |
SEAHAWK JIGMASTER JM Spinning/Jigging Rod | Hulu joran selesa dipegang Ringan tapi kuat & sensitif Aksi lebih pantas | Harga agak mahal | Bermula RM90 |
Puyu Pole Pancing | Batang joran keras & padu Kualiti bagus Sesuai untuk pancing ikan puyu | Bermula RM10 | |
Okuma Competition Spinning Fishing Rod | Joran 2 bahagian Diperbuat daripada grafit komposit Bingkai guide dari stainless steel Keseimbangan joran telah ditambah baik | Harga agak mahal | Bermula RM90 |
Shimano Cruzar Solid Spinning Fishing Rod | Batang joran solid tahan lasak Diperbuat dari bahan berkualiti | Bermula RM50 |
Baca juga tentang SENARAI LOKASI KEDAI PANCING
Trackbacks/Pingbacks