PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT KELANTAN MAIK(Semakan Status www.e-maik.my)
Kepada rakyat Kelantan yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan bantuan zakat MAIK (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan). Disini kami akan kongsikan kepada anda golongan yang layak serta cara membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU MAIK
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau MAIK ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan. Pentadbiran Majlis pada awalnya terletak di Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di hadapan Istana Balai Besar. Pada 25 Disember 2012 bersamaan 11 Safar 1434, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menyambut 100 tahun penubuhannya. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan diterajui oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan) selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang ke-18 sejak 19 Mac 2019.
GOLONGAN YANG LAYAK MOHON ZAKAT MAIK
Wang Zakat yang dibayar kepada MAIK diagihkan kepada lapan (8) asnaf yang layak menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIK:-
- Faqir
- Miskin
- Amil
- Muallaf
- Ar-Riqab
- Al-Gharimin
- Fisabilillah
- Ibnu Sabil
Rujuk: Skim Bantuan Mengikut Asnaf Zakat
JENIS BANTUAN ZAKAT MAIK
Berikut adalah merupakan jenis bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIK iaitu :-
Bantuan Umum |
|
Permohonan Melalui Institusi/Sekolah/Pejabat Tanah/Pegawai |
|
CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT MAIK
Sekiranya anda berkelyakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Permohonan Bantuan Zakat MAIK
- Pemohon boleh membuat permohonan dengan memilih bantuan tersebut untuk diproses oleh pihak MAIK
- Sila masukkan No. Kad Pengenalan Baru / No. Passport dan pilih jenis bantuan.
CARA SEMAK STATUS PERMOHAN BANTUAN ZAKAT MAIK
Kepada anda yang telah membuat permohonan dan ingin membuat semakan status, berikut adalah caranya:
- Layari pautan Semakan Status Permohonan
- Masukkan no kad pengelanan anda pada ruangan tersedia
- Kemudian klik pada Semak
- Status permohonan bantuan zakat anda akan terpapar.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat MAIK, anda boleh melayari portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
ARTIKEL LAIN: