CARA BUAT FULL SETTLEMENT COURTS MAMMOTH(Kira Rebat Bayar Awal)

FULL SETTLEMENT COURTS MAMMOTH

Kepada anda yang membuat pinjaman dengan Courts Mammoth, semestinya anda mengetahui bahawa kaedah membuat bayaran melalui ansuran bulanan yang fleksibel. Sekiranya anda berhajat untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan, anda kan menerima kembali rebat caj Perjanjian Jualan Kredit. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat full settlement Courts Mammoth, semoga membantu

 

CARA SEMAK BAKI COURTS MAMMOTH ONLINE

Bagi pelanggan yang telah membuat perjanjian bayaran secara ansuran bersama Courts Mammoth, berikut adalah cara Check baki Courts Mammoth yang boleh anda rujuk:

  1. Layari laman web Courts Mammoth
  2. Di halaman utama, klik pada butang Sign In.
  3. Seterusnya, bagi pengguna baru anda boleh mendaftar akaun dengan memilih New To Courts.
  4. Daftar akaun anda dengan mengisi beberapa maklumat peribadi.
  5. Maklumat yang diperlukan adalah nama, nombor telefon bimbit, alamat emel, kata laluan dan pengesahan kara laluan.
  6. Untuk tujuan keselamatan, anda perlu melengkapkan imej sekuriti captcha.
  7. Login ke akaun anda.
  8. Pergi ke My Order dan semak baki bayaran anda

 

CARA BAYAR FULL SETTLEMENT COURTS MAMMOTH

Jika anda  pelanggan yang telah membuat perjanjian bayaran secara ansuran bersama Courts Mammoth dan ingin membuat pembayaran penuh, sila ikuti langkah berikut:

  1. Sila layari web Courts Mammoth
  2. Kemudian klik Sign In.
  3. Jika anda pengguna baru anda boleh mendaftar akaun dengan memilih NEW TO COURTS
  4. Sila buat pendaftaran dengan melengkapkan maklumat peribadi (nama, nombor telefon bimbit, alamat emel, kata laluan dan pengesahan kara laluan)
  5. Bagi tujuan keselamatan, sila pilih IMEJ KESELAMATAN dan sila isi imej sekuriti captcha.
  6. Kemudian sila Login ke akaun anda.
  7. Sila ke MENU My Order dan semak baki bayaran yang tersedia dan klik pembayaran untuk membuat bayaran penyelesaian

 

CARA KIRA REBAT FULL SETTLEMENT COURTS MAMMOTH

Pastinya anda mengetahu bahawa sekiranya anda membuat penyelesaian penuh lebih awal, anda akan memperolehi rebat caj Perjanjian Jualan Kredi. Disini kami akan kongsikan kepada and acara penggiraannya iaitu:

  • Rebat = RP X ( RP+1)/OP X (OP+1)

RP = Baki tempoh (bilangan bulan) dari masa penyelesaian awal sehingga tarikh asal penyelesaian penuh.

OP = Tempoh Asal (bilangan bulan) yang digunakan di dalam Perjanjian ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai caa full settlement Courts Mammtoh, anda boleh layari web rasmi Courts Mammtoh

ARTIKEL LAIN: