CARA BELI BITCOIN MALAYSIA (Mudah, Cepat & Selamat)
Kepada anda yang baru mengenli Bitcoin semestinya berminat untuk membelinya. Untuk memiliki bitcoin, anda tidak perlu sediakan wang sehingga beribu ringgit pun. Cukuplah dengan bermodalkan RM10 sahaja, anda kini boleh membeli dan memiliki Bitcoin di platform yang mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia. Kepada anda yang berhasrat dan berminat untuk membeli, disini kami akan kongsikan kepada anada Cara Beli Bitcoin Malaysia.
APA ITU BITCOIN
Bitcoin adalah mata wang digital yang dicipta pada tahun 2009 dan direka sedemikian rupa sehingga tidak dipengaruhi oleh inflasi. Di samping itu, transaksi menggunakan Bitcoin cukup selamat kerana tidak bergantung pada bank atau institusi kewangan lain.
PEMAKLUMAN TERKINI BITCOIN
Untuk pengetahuan anda, matawang kripto Bitcoin (BTC) kini telah menjadi fenomena di seluruh dunia selepas harganya kini mencecah RM200,000 seunit.
CARA BELI BITCOIN MALAYSIA
Berikut adalah merupakan beberapa langkan yang perlu diikuti untuk membeli bitcoin di Malaysia yang harus anda ikuti iaitu:
Langkah Pertama : Buka Akaun Luno
- Anda hanya perlu daftar di web https://www.luno.com/en/. Selain itu, anda boleh gunakan aplikasi Android / iOS.
- Kami sarankan anda terus download Luno di telefon pintar supaya mudah untuk anda semak baki akaun luno terkini anda.
- Masukkan referral code (jika ada) pada bahagian Rewards > Enter a code .
Langkah Kedua : Masukkan Deposit
- Setelah anda selesai membuka akaun Luno, anda perlu melakukan deposit pertama serendah RM10 sahaja.
- Buka apliaksi Luno dan log masuk akaun anda
- Klik Wallets > Klik Local Currency ( Malaysia : RM) > Klik Deposit
- Masukkan amaun contoh RM150. Klik butang continue to FPX
- Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
Langkah ketiga : Beli Bitcoin
- Selepas anda selesai membuat deposit di luno, anda boleh beli Bitcoin pertama mengikut amaun yang anda inginkan dan kemampuan anda.
- Selain daripada Bitcoin, Luno juga menyokong beberapa matawang kripto lain seperti Ripple , Ethereum dan Litecoin.
Langkah keempat : Jual Semula Bitcoin
- Sekiranya pelaburan anda mencapai keuntungan dan anda ingin mengeluarkan duit modal / untung, anda boleh menjual semula Bitcoin di Luno.
- Kemudian anda boleh terus membuat permohonan pengeluaran (withdawal) ke akaun bank anda.
ARTIKEL LAIN: