STR 2024 (Jumlah & Tarikh Bayaran Bafi Setiap Fasa)

STR 2024

Kepada anda penerima STR 2023, semestinya anda ingin mengetahui kadar baayran dan juga tarikh bayaran bagi tahun 2024. Di sini kami akan kongsikan mengenai tarikh dan jumlah bayaran serta cara membuat  permohonan. Semoga membantu.

 

 APAKAH STR?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

 

BERAPAH JUMLAH BAYARAN STR 2024?

Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan

  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.

 

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN STR 2024?

Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini

 

BILAKAH TARIKH BAYARAN STR 2024?

Tarikh bayaran pertama sehingga 500 ringgit akan dibuat pada bulan Februari 2024.

 

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN STR 2024?

Kepada anda yang ingin membuat permohonan baharu STR, berikut adalah meurpakan caranya:

  1. Layari portal rasmi untuk login MySTR
  2. Klik pada butang “Permohonan Baharu”.
  3. Kemudian, pengguna perlu ke bahagian log masuk.
  4. Klik pada butang “Kemaskini Permohonan”.
  5. Pengguna mestilah memasukkan nombor MyKad yang betul dan klik pada butang “Semak”.
  6. Isi maklumat yang telah disediakan. Seterusnya, klik pada butang “Kemudian”.
  7. Pengguna hendaklah mengisi kod Captcha yang telah dinyatakan di ruangan yang disediakan dan klik pada butang “Sahkan Captcha”.
  8. Tandakan pada kotak di bahagian perakuan diri.
  9. Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” dan permohonan pemohon berjaya dihantar kepada pihak LHDN.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini, anda boleh melayari portal rasminya iaitu MySTR

ARTIKEL LAIN: