KISAH SEJARAH SUMPAHAN TIDAK BOLEH MAKAN IKAN KACANG/IKAN KEKACANG

SEJARAH SUMPAHAN IKAN KEKACANG

Kerabat diraja jembal pernah mendengar larangan memakan ikan kekacang dan rebung buluh. Banyak cerita dan kisah didengari mengenai larangan ini namun yang manakah benar akan kepantang yang telah dilarang kepada anak cucu cicitnya. Berikut adalah merupakan antara kisah sejarah sumpahan ikan kekacang.

KISAH PERTAMA

  • Kerajaan Jembal ini bermula dari seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja bersiong yang telah singgah di Kota Jembal. Raja bersiong ini dikatakan telah membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian.
  • Adanya kisah yang mengatakan bahawa Raja Sakti berasal dari buluh betung manakala Puteri Mani Kemian. Terdapat juga menyatakan Raja bersiong telah mewasiatkan anak cucunya supaya tidak memakan rebung buluh betong dan tidak membenarkan membuat apa-apa alatan dari buluh betung.Selain itu juga mereka tidak dibenarkan memakan ikan kekacang. Turut juga keturunan Long Ghaffar dan Long Yunus.

KISAH KEDUA

  • Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.
  • Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya.

KISAH KETIGA

  • Kebanyakan orang yang terkena sumpahan tidak boleh makan ikan kekacang ini adalah daripada orang negeri Kelantan dan nama mereka bermula dengan Nik dan Wan. Mengapa? Kita akan susuri kisahnya.
  • Sekitar tahun 1300 Masihi, terdapat seorang ulama yang juga nasabnya daripada Hussein Ibni Ali, cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah belayar ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah di kawasan Nusantara ini.
  • Nama ulama tersebut adalah Syed Hussein Jamadil Kubra Ibni Syeikh Ahmad Jalal. Beliau tinggal di negara India ketika itu. Namun, beliau telah meninggalkan ahli keluarganya untuk datang ke Nusantara bagi menyebarkan dakwah Islamiah.
  • Syed Hussein Jamadil Kubra sebenarnya sangat terkenal di bumi Nusantara ini. Beliau merupakan datuk kepada salah seorang Wali Songo dan merupakan abang kepada Tuan Guru Adi Putera iaitu guru kepada Laksamana Hang Tuah.
  • Dikatakan ketika dalam pelayaran ke Nusantara, tiba-tiba berlaku ribut petir serta laut bergelora sehingga menyebabkan kapal yang mereka naiki itu karam. Sungguh berat ujian Allah itu sehinggakan Syed Hussein Jamadil Kubra hampir berputus asa.
  • Namun, Syed Hussein Jamadil Kubra tidak berhenti-henti berdoa dan tetap meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap pertolongan daripada Allah S.W.T. Beliau juga bernazar akan mendirikan sebuah masjid seandainya beliau diselamatkan daripada ujian yang berat itu.
  • Berkat kesabaran serta doa Syed Hussein Jamadil Kubra yang tidak putus-putus itu, akhirnya Allah telah menghantarkan pertolongan kepada beliau. Beliau telah terselamat daripada ujian yang menimpanya.
  • Sekawan ikan kekacang tiba-tiba muncul dan memberikan bantuan kepada Syed Hussein Jamadil Kubra dengan cara memuatkan diri pada lubang pecahan pada kapal Syed Hussein Jamadil Kubra yang menyebabkan kapal itu karam. Bukan itu sahaja, sekawan lagi ikan kekacang berkumpul di bawah kapal Syed Hussein Jamadil Kubra lalu menolak kapalnya ke daratan.
  • Syed Hussein Jamadil Kubra akhirnya selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, daerah Tumpat, Kelantan. Namun, sekali lagi Syed Hussein Jamadil Kubra didatangkan dengan ujian daripada Allah.
  • Kali ini, perut Syed Hussein Jamadil Kubra serta angkatannya yang lain berkeroncong kerana terlalu lapar. Bekalan makanan mereka telah jatuh ke dalam laut ketika kapal mereka karam sebentar tadi.
  • Sekali lagi Syed Hussein Jamadil Kubra berserah kepada Allah dan meminta pertolongan daripada Tuhan Yang Maha Kuasa. Berkat izin Allah, tiba-tiba Syed Hussein Jamadil Kubra bersama dengan angkatannya terlihat seekor tupai berwarna putih berlari ke arah rimbunan pokok buluh Betong dan memakan rebung buluh itu.
  • Melihatkan kejadian itu, Syed Hussein Jamadil Kubra bersyukur kerana Allah S.W.T telah mendatangkan petunjuk kepadanya dan juga angkatannya bahawa terdapat rezeki mereka di situ. Mereka pun menjamah rebung buluh Betong yang terdapat di situ.
  • Berdasarkan dua kejadian yang dianggap ajaib inilah maka Syed Hussein Jamadil Kubra telah bersumpah dan melarang sama sekali keturunannya daripada memakan ikan kekacang serta rebung buluh Betong. Sekiranya ada di antara keturunan beliau yang memakan ikan kekacang serta rebung buluh betung nescaya akan mudaratlah kesihatannya.
  • Syed Hussein Jamadil Kubra kemudiannya tinggal di negeri Kelantan dan membina sebuah masjid di Kampung Laut sesuai dengan nazar yang telah dilafazkan beliau ketika beliau berdoa supaya diselamatkan daripada ujian kapalnya karam.
  • Apabila sedar, pemuda tersebut membuat sumpahan, anak cucu dan keturunannya tidak boleh makan ikan kekacang, jika di langgar akan di timpa penyakit gatal. Pemuda tersebut ialah Tok Bakar@Wan Bakar.Namun demikian, ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu adalah di atas keizinan Allah juga.

Baca juga tentang SENARAI IKAN LARANGAN UNTUK DILEPASKAN DI MALAYSIA