Cara Bancuh Umpan Ikan Tenggalan

Cara Bancuh Umpan Ikan Tenggalan(Bahan & Teknik)

Ikan tengalan merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai nilai yang agak tinggi. Ikan dengan nama umum crossband barb atau crossbanded ini merupakan ikan asal atau ikan natif negara kita.

Selain tengalan atau tenggalan, ikan ini turut dipanggil mungalan, mengkalan serta tingkalian di beberapa tempat tertentu.

Spesies dengan nama saintifik Puntius bulu (Puntioplites bulu) ini boleh ditemui di Asia Tenggara, terutamanya di Sumatera, Borneo dan Thailand.

Di Malaysia, spesies ini boleh didapati di Sungai Pahang dan sungai (Sungai Tembeling, Jelai, Tanum), Sungai Perak (di bahagian atas Kuala Kangsar), Sungai Endau, Sungai Muar serta beberapa lagi sungai di semenanjung Malaysia.

Namun, Tahukah anda untuk menjinakan ikan ini, Anda perlulah mengentahui rahsia umpan yang perlu di gunakan. Di sini kami kongsikan cara2 untuk bancuh umpan terbaik ikan tenggalan.

Bahan – Bahan Yang Di Perlukan Adalah:

  1. Dedak Ayam (Warna Kuning)
  2. Tepung Gandum
  3. Sirap Ros
  4. Air (Digalakan air Sungai)
  5. Bekas

Cara Bancuhan Pula Adalah Seperti Berikut:

  1. Masukan dedak ke dalam bekas
  2. Isikan sedikit air, cukup utk dedak kembang (Jangan terlebih isi air untuk mengelakan dedak terlalu cair/lembik)
  3. Biarkan selama 5 minit untuk dedak kembang
  4. Masukan sirap ros kedalam campuran dedak tadi.
  5. Masukan juga tepung gandum
  6. Seterusnya gaulkan campuran tadi dengan sebati
  7. Gaul sehingga tidak melekat di tangan (bagi mengelakan umpan hancur apabila di campak ke dalam air)
  8. Setelah selesai, Umpan sudah siap untuk digunakan
  9. Namun anda digalakan untuk menggunakan perambut dengan 7/8 mata kail
  10. Gunakan mata kail size 7/8 (Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil)

Semoga dengan perkongsian ini dpt memberi manfaat kpd sahabat sehobi sekalian. Selamat mencuba.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI KOLAM PANCING TERBAIK SELURUH SELANGOR (MURAH DAN HASIL PADU)