Kedai Ikan Patin Tempoyak Terbaik (Selangor Dan Kuala Lumpur)
Masih Tercari- cari kedai ikan patin tempoyak sikitar selangor.Umum mengetahui yang ikan patin masak tempoyak merupakan menu kebanggaan masyarakat Melayu di negeri Pahang. Malah ia turut menjadi salah satu menu kegemaran Sultan Pahang dan Raja Permaisuri Pahang.
Berikut disertakan senarai beberapa tempat makan menarik yang menyajikan menu patin tempoyak sekitar selangor dan Kuala Lumpur yang boleh anda pertimbangkan.
Baca Juga : SENARAI KURSUS PERIKANAN PERCUMA YANG DISEDIAKAN KERAJAAN
AR Patin Tempoyak (Gombak)
Alamat : Jalan 2/23a, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Waktu perniagaan : Isnin – Sabtu (6 petang – 12 malam)
Ahad (tutup)
Antara tempat Ikan Patin Masak tempoyak yang paling terkenal di Kuala Lumpur, AR Patin Tempoyak juga pernah viral di media sosial dimana artis-artis juga pernah memberi review tentang AR Patin Tempoyak. Terletak di Gombak, ikan patin masak tempoyak AR Patin Tempoyak adalah yang original terus dari Temerloh dan menjadi kegemaran warga KL.
AR Patin Tempoyak juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kawasan lembah Klang. Anda boleh menghubungi 017 885 2868 untuk penghantaran terus ke rumah anda.
House of Patin – Restoran Lipis di KL
Alamat : No 5, Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu perniagaan : Setiap hari (12 tengah hari – 11 malam)
Lokasi terkenal berhampiran : Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur (1.6km, 4 minit berkenderaan)
Ramai yang berkunjung ke sini mengatakan patin tempoyak Kuala Lumpur ini adalah di antara yang terbaik, segar dan tidak berbau lumpur. Saiz hidangan juga besar dengan harga yang berbaloi-baloi.
Turut terdapat menu-menu terbaik yang lain seperti ayam kampung gulai tempoyak, patin pais tempoyak dan banyak lagi.
Kak Nik Patin House
Alamat : Lot 28349 Jalan Masjid Kg Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu perniagaan : Isnin – Sabtu (11 pagi – 10 malam)
Ahad (tutup)
Lokasi dikenali berhampiran : Stesen Komuter Pantai Dalam (3.8km, 7 minit berkenderaan)
Boleh disertakan juga dengan sambal tempoyak, budu ataupun sambal belacan. Kuah patin tempoyak yang pekat, manis dan sedikit pedas, pasti mengubat rindu anda yang pernah makan ikan patin tempoyak di Temerloh. Juga terdapat pelbagai menu pantai timur yang lain di sini seperti ikan masak singgang dan sebagainya.
Go’bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai
Alamat : Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai, 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu perniagaan : Selasa – Ahad (11 pagi – 5 petang)
Isnin (tutup)
Lokasi terkenal berhampiran : OUM Sri Rampai Learning Centre (350m, 2 minit berkenderaan)
Dijual pada harga RM13 bagi bahagian kepala, RM15 bagi bahagian badan dan RM15 bagi bahagian ekor. Ikan patin di sini diambil terus bekalannya daripada Temerloh, Pahang. Bekalan ikan patin yang dibela di dalam sangkar sungai ini, mempunyai rasa yang hampir sama dengan ikan patin liar.
Patin Tempoyak Dapur Mokde Subang
Alamat : Jalan Lapangan Terbang Subang, U 5, 40150 Shah Alam, Selangor 40150 Shah Alam, Malaysia.
Waktu perniagaan : Sabtu – Khamis (12 tengah hari – 11 malam)
Jumaat (Tutup)
Lokasi terkenal berhampiran : Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (3.7km, 4 minit berkenderaan)
Menyajikan masakan patin tempoyak original daripada Temerloh. Turut menyediakan talian untuk tempahan bagi mengelakkan pelanggan terpaksa menunggu lama sebelum sajian dihidangkan. Turut menyajikan menu terbaik lain seperti siakap kerabu mangga, asam pedas siakap dan lain-lain. juga turut menyajikan masakan panas seperti nasi goreng, mihun tomyam dan sebagainya bermula pukul 3 petang sehingga malam.
Diharapkan senarai di atas dapat membantu anda menikmati patin tempoyak Kuala Lumpur yang terbaik dan sesuai dengan bajet serta selera anda.