Jenama Antiklorin Aquarium Dan Sukatan Yang Perlu Digunakan

Antiklorin merupakan bahan yang menstabilkan air serta mengurangkan kadar klorin yang terdapat didalam air. Air paip yang tidak dirawat mengandungi klorin toksik dan bahan logam berat yang boleh menjejaskan keselamatan organisma akuatik.ANTI-Klorin bertindak dengan  dengan membuang klorin toksik dan logam berat seperti Zn dan Cu sambil menyediakan lapisan pelindung lendir semula jadi ikan. Berikut adalah jenama antiklorin aquarium untuk rujukan anda.

 

  1. AQUADINE – ANTI-CHLORINE SPECIAL

Ubat Anti Chlorine ni mungkin yang paling mudah nak dapat, bole jume hampir semua Kedai Ikan dalam Malaysia. Dikenali juga sebagai Ubat Anti Chlorine 1 Ringgit (200ml).

Ubat AQUADINE Anti-Chlorine Special ni mungkin paling ramai diguna oleh semua level Peminat Aquarium dan juga yang Legend. Ubat AQUADINE ni kata kat botol ‘newly developed German Fish Medicine’ di pakai untuk menaik kualiti air dengan buang gas yang berbahaya dari air.

 

  1. NUTRAFIN – AQUA PLUS

Ni barang datang dari luar negara ni dapat jumpe kat Canada, France, dan Malaysia. Ubat NUTRAFIN – AQUA PLUS ni sangat teknikal produk siap ade sticker U.S Patent untuk kurang kan stress formula dan mengandungi natural herba yang dapat mengurangkan stress dari transport dan memegang. Botol ni pon ade tulis bole coating kulit ikan dan ekor melindungi dari calar.

Harga dia dalam 20+ Ringgit untuk 500ml botol.

 

  1. AQUA GUARD – WATER CONDITIONER

Ubat AQUA GUARD – WATER CONDITIONER ni kat botol dia kata ‘neutralize’ Chlorine compound dengan segera, ‘neutralize’ heavy metal, dan mengurangkan Nitrate yang terkumpul.

 

Baca Juga : Cara DIY Penutup Akuarium(Nak Pilih Bahan Apa)

  1. NIKA – ANTI-CHLORINE

Ni mungkin yang paling murah dengan hasil yang mengejutkan untuk ubat Anti Chlorine ni. Ubat NIKA ANTI-CHLORINE ni produk yang paling lurus sebab dia tulis cuma buang Chlorine sahaja yang ade dalam air dan membuat air paling Natural kondisi selepas guna

Harga bawah 10 Ringgit untuk 1 Liter botol dan tak semua kedai jual. Saya rekomen beli online kalo tak jumpe kat kedai area anda. Brand ni je yang tulis ingredient dia ia itu: Na2S25H2O – Sodium Metabisulfite dan Water.

 

  1. TENSION GON BY MYDILAB

Ini paling Legend ni dalam Malaysia. Membuat ramai Peminat Aquarium menjadi Hobbyist dan juga Sifu. Ubat Legend Tension Gon by mydilab ni ialah ‘all-in-one’ Water Conditioner yang dapat buang Chlorine, Chloramine, ‘Neutralizes’ Ammonia & Heavy Metal, Menghalang Nitrate yang terkumpul dalam ikan, Vitamin B sebagai Anti-Stress, dan membantu dengan kerosakan Slime Coating dan macam2 lagi…

 

Tension Gon (atau cara tulisan yang betul: Tensiongon) ialah produk standard di Malaysia dengan harga dalam 25 – 30+ Ringgit untuk 1 Liter botol). Paling terguna Ubat Water Conditioner buat banyak Aquarium dan ikan termasuk Arowana, Flowerhorn, Cichlids, Air Laut dan banyak lagi. Diguna juga buat transport dan ramai Hobbyist dan Sifus menjamin produk ni paling ULTIMATE Water Conditioner dalam Malaysia.

 

 

Berapa Sukatan Anti Klorin?

Water Change (kurang dari 50%)

  • 10ml Antiklorin setiap 200 Liter (0.05ml per Liter)

Water Change (lebih dari 50%)

  • 10ml Antiklorin setiap 150 Liter (0.07ml per Liter)

Aquarium Baru

  • 10ml Antiklorin setiap 100 Liter (0.1ml per Liter)

Memperkenalkan Ikan Baru

  • 10ml Antiklorin setiap 200 Liter (0.05ml per Liter)

Mengangkut / Mengendali Ikan

  • 1ml Antiklorin setiap 2 Liter (0.5ml per Liter)

*Namun anda juga boleh rujuk di botol antiklorin yang dibeli. Sukatan juga mungkin berbeza mengikut jenama Antiklorin.