TUKAR NAMA KERETA ONLINE (MySikap JPJ)
Sekiranya ada di antara anda yang mahu jual atau beli kereeta, Semestinya ingin mengetahui cara tukar nama terkini. Untuk melakukan proses pertukaran nama untuk hakmilik sesebuah kereta , disini kami akan kongsikan cara tukar nama kereta secara online menerusi Portal mySikap JPJ. Semoga membantu.
APA ITU PORTAL mySIKAP
Portal MySikap adalah Platform Digital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakan bagi memudahkan pelanggan membuat urusan secara online seperti berikut:
- Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM) / roadtax
- Pindah milik sukarela
- Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
- Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
- Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
CARA TUKAR NAMA MOTOR ONLINE GUNA mySIKAP
Terkini urusan pertukaran nama sangat memudahakn dengan secara atas talian (online). Berikut adalah merupakan caranya:
Pemilik Kenderaan Berdaftar
- Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Log Masuk akaun anda
- Pada Menu utama, pilih KENDERAAN
- Pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BERDAFTAR)
- Masukkan NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN, Klik Teruskan
- Klik Sah & Teruskan
- Masukkan maklumat EMAIL PENDAFTAR DAN PEMILIK BAHARU, klik Seterusnya
- Cetak Resit sebagai rujukan
- Selesai
Pemilik Kenderaan Baharu
- Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Log Masuk akaun anda
- Pada Menu utama, pilih KENDERAAN
- Pilih PERMOHONAN PERTUKARAN HAK MILIK KENDERAAN (PEMILIK BAHARU)
- Masukkan nombor pendaftaran kenderaan, klik Seterusnya
- Pengisytiharaan Kenderaan – Pilih Semenanjung
- Klik Setuju
- Masukkan maklumat pembayaran (Kad Kredit / Debit), klik Bayar
- Buat pengesahan pembayaran
- Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran.
- Selesai.
Nota: Pemilik baru atau pembeli dikehendaki untuk pergi ke JPJ dalam masa 7 hari untuk pengesahan secara thumbprint dan dapatkan geran.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai proses tkar nama kereta secara online menerusi portal MySikap anda boleh melayri portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
ARTIKEL LAIN: