HARGA BERAS TERKINI DI MALAYSIA & SELURUH DUNIA
Kini telah menjadi perbualan orang ramai mengenai di Malaysia mengenai kadar kenaikkan harga beras yang mendadak. Melalui artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda harga beras terkini dalam pasaran Malaysia, semoga bermanfaat.
HARGA KAWALAN BERAS PUTIH TEMPATAN
Beras Putih Tempatan adalah beras yang dikawal harganya oleh kerajaan iaitu RM26.00 untuk 10 kilogram (kg).
Satu pemantauan khas harga beras akan dilakukan pada setiap hari bermula pada 11 September 2023 melibatkan semua kategori premis pemantauan iaitu pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit. Pemantauan khas beras ini akan diselia oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH).
AKTA KAWALAN HARGA BERAS DI MALAYSIA
- Harga kawalan maksimum beras putih tempatan telahpun termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan_Padi dan_Beras 1994 (Akta 522). Walaubagaimanapun, harga untuk beras putih import tidak termasuk dalam akta in.
JENIS-JENIS BERAS DALAM PASARAN MALAYSIA
Berikut adalah merupakan jenis-jenis beras yang terdapat dalam pasaran Malaysia iaitu::
- Beras Putih Tempatan – label ungu
- Beras Putih Import – label biru muda
- Beras Wangi – label pink
- Beras Istimewa (basmathi dan sebagainya) – label oren
NOTA: Sekitar 90 peratus beras di pasaran adalah beras putih tempatan dan import manakala baki sekitar 10 peratus lagi adalah beras wangi, beras pulut, basmati dan beras istimewa lain seperti beras Jepun.
SENARAI HARGA BERAS TERKINI
Kepada anda yang ingin mengetahui kadar harga beras terkini, anda boleh melayari laman web yang boleh digunakan untuk membuat semakan harga beras terkini iaitu Iprice
CARA LAPORAN KENAIKAN HARGA BERAS
Jika ada premis-premis yang cuba menaikkan harga beras yang tidak mengikuti harga standard, kini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan talian hotline bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang bekalanan atau penyelewengan yang dikesan oleh mereka di talian berikut:
- 03-8870 1751 / 1748 / 1183
Anda boleh membuat laporan secara online Seperti berikut:
- Menerusi portal Ez Adu
- Portal aduan Kementerian Kawalselia Padi dan Beras
- Whatsapp: 019-2794317 / 019-8488000
ARTIKEL LAIN: