RENEW LESEN MEMANDU ONLINE (MySikap)
Tahukah anda kini anda bolh renew lesen memandu anda secara online menerusi MySikap. Kepada pengguna kali pertama semestinya ingin ketahui caranya. Jangan bimbang, disini kami kami akan kongsikan pandauan cara renew dengan ringkas, semoga bermanfaat.
TAHUKAH ANDA APA ITU LESEN MEMANDU?
Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan.
BILA PERLU RENEW LESEN MEMANDU?
Lesen Memandu perlu diperbaharui selepas lessen memandu anda tamat mengikut tarikh lahir anda. Pembaharuan lessen memandu kini boleh dibuat sehingga tempoh 10 tahun dari tarikh tamat tempohnya.
BERAPAKAH KADAR HARGA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE?
Berikut adalah merupakan kadar bayaran renew lesen memandu yang dikenakan iaitu:
- Kelas A/A1: RM2.00
- Kelas B2 (tunggal)/B/C: RM20.00
- Kelas D/E/F/G/H/I: RM30.00
NOTA: Harga renew ini adalah bagi tempoh 1 Tahun
BAGAIMANA CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE DI MySIKAP?
Kepada anda yang ingin renew lesen digital anda menerusi MySIkap, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan MySIKAP JPJ
- Log masuk ke dalam akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah daftar akaun terlebih dahulu.
- Pada paparan menu utam, klik pada kotak Lesen Memandu
- Kemudian pilih Pembaharuan Lesen Memandu
- Anda akan dibawa ke laman Carian, masukkan maklumat diperlukan seperti:
- Sila pilih jenis lesen memandu anda
- Pilih tempoh yang anda inginkan
- Kemudian klik butang Cari. Paparan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran (RM30 setahun bagi lesan B2 dan D) akan terpapar
- Klik pada butang Bayar. Kemudian pilih langkah pembayaran sama ada ingin menggunakan kad kredit atau FPX. klik Bayar setelah pilih langkah pembayaran.
- Selepas melakukan pembayaran skrin akan menunjukkan bahawa transaksi anda telah Berjaya
- Anda akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis “sila ambil lesen anda di JPJ”.
- Anda boleh terus pergi ke JPJ untuk mengambil lesen anda atau anda boleh mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang “Cetak Lesen Memandu e-LM”
Nota: anda juga boleh mendapatkan salinan digital lesen memandu anda di aplikasi MyJPJ
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara renew lesen memandu online, anda boleh merujuk melalui saluran berikut:
- Portal rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/
- Emel: infodigital@jpj.gov.my
- Hubungi Talian: 03-2724 2522
ARTIKEL LAIN: