SENARAI JENAMA JORAN PANCING TERBAIK MALAYSIA MENGIKUT KATEGORI DAN HARGA

JENAMA JORAN PANCING TERBAIK

Bagi individu kaki pancing atau penggemar aktiviti memancing, ia memberikan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila umpan mula mengena dan membuahkan hasil tangkapan yang di luar jangkaan.

Individu yang turut memilih hobi memancing sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang kerana bukan saja ia boleh dilakukan secara santai tetapi juga mendidik diri menjadi lebih sabar dan berdisiplin ketika memancing.

Jadi bagi penggemar aktiviti memancing ini semestinya ingin mengetahui senarai joran pancing yang terbaik. Disini kami akan kongsikan senarai joran mengikut katagori dan harga, semoga membantu.

JENIS JORAN PANCING 

Kepada anda yang baru bermula dalam hobi memancing, seharusnya anda perlu mengetahui jenis joran samaada untuk memancing ikan atau udang. Berikut adalah merupakan jenis joran pancing:

JENIS JORAN PANCING KETERANGAN
Spinning Rod    Joran yang biasa digunakan kerana teknik yang lebih stabil untuk mengangkat joran.  Reel atau kekili terletak di bahagian bawah menjadikan sesuai digunakan untuk memancing di atas bot, tasik dan sungai. 
Casting Rod    Reel atau kekili yang terletak di bahagian atas dan merupakan salah satu joran yang paling mudah untuk dikawal dan digunakan.  Sesuai digunakan oleh pemancing beginner atau untuk kanak-kanak dan remaja.
Telescoping Rod    Sesuai digunakan untuk mereka yang gemar berkhemah dan memancing di sungai atau tasik dalam hutan saiznya kompak dan mudah dibawa ke mana-mana.  Joran ini sangat ringan dan juga boleh dipanjangkan dan dipendekkan mengikut situasi.
Pole Rod    Joran yang tidak menggunakan kekili dan cincin (guide).  Sesuai digunakan untuk memancing ikan bersaiz kecil seperti ialah ikan puyu, ikan sepat dan juga udang galah di kolam pancing atau anak  sungai atau parit. 

SENARAI JENAMA JORAN PANCING TERBAIK

Berikut adalah merupakan antara senarai joran terbaik yang ada di Malaysia mengikut katagori dan harga:

JENAMA JORAN PANCING KELEBIHAN KEKURANGAN HARGA
SEAHAWK STORM CHASER Spinning Rod   Batang joran kuat Tahan lama Jenis spinning Ringan dan Selesa Tidak boleh untuk memancing yang lasak   Bermula RM45
UL Rod (Ultralight) Harga berpatutan Terdapat 2 pilihan spinning atau casting   Kurang sesuai untuk air tawar   Bermula RM10
Sougayilang Telescopic Fishing Rod Mudah digunakan Boleh dibawa ke mana-mana Sesuai untuk kekili spinning Tidak Mudah Berkarat Handle Selesa dipegang Hujung batang boleh bengkok dengan kuat jika terlalu berat   Bermula RM20
Sougayilang Fishing Rod Casting M Power For Freshwater Fishing   2 pilihan saiz, 1.8m & 2.1m Joran 2 bahagian Mudah dibawa kemana-mana Joran jenis casting     Bermula RM25
Exori Hunter Power Prawn Stick Rod   Joran udang tahan lasak Ada guide ring Harga murah Sesuai untuk memancing udang Jenis spinning rod Batang joran tak dapat dipisahkan Sukar dibawa ke mana-mana Bermula RM30
New Sniper Super Tiny Prawn Fishing Rod   Harga murah Saiz kecil Sesuai untuk memancing guna kaedah spinning   Kurang sesuai untuk pancing ikan saiz besar   Bermula RM20
KastKing Max Steel Rod Carbon Spinning Casting Fishing Rod Boleh menampung pelbagai saiz berat umpan Sesuai untuk pancing ikan keli & trout Boleh pancing ikan saiz panfish Harga agak mahal   Bermula RM70
SEAHAWK JIGMASTER JM Spinning/Jigging Rod Hulu joran selesa dipegang Ringan tapi kuat & sensitif Aksi lebih pantas Harga agak mahal   Bermula RM90
Puyu Pole Pancing   Batang joran keras & padu Kualiti bagus Sesuai untuk pancing ikan puyu   Bermula RM10
Okuma Competition Spinning Fishing Rod   Joran 2 bahagian Diperbuat daripada grafit komposit Bingkai guide dari stainless steel Keseimbangan joran telah ditambah baik   Harga agak mahal   Bermula RM90
Shimano Cruzar Solid Spinning Fishing Rod   Batang joran solid tahan lasak Diperbuat dari bahan berkualiti   Bermula RM50

Baca juga tentang SENARAI LOKASI KEDAI PANCING