SENARAI IKAN HIASAN YANG DIGEMARI DI MALAYSIA (Trend Terkini)

Akuarium di rumah boleh memberi ketenangan kepada pemiliknya.Tak kisahlah dari saiz yang paling kecil sehingga besar, ianya akan menjadi aksesori yang boleh menaikkan keunikan di ruang rumah kediaman.
Semestinya ikan hiasan yang cantik menjadi pilihan anda untuk diletakkan dalam aquarium. Disini kami akan kongsikan senarai ikan hiasan yang ada di Malaysia.
KENAPA PERLU LETAK IKAN HIASAN
Ikan hiasan ini akan memberikan terapi khususnya kepada pemilik. Ianya akan menjadi ketenagan dan terapi minda bila melihat berenang di dalam aquarium di samping dengan lampu yang berwarna warni.
CIRI-CIRI IKAN HIASAN
Semestinya ciri ikan haisan adalah seperti berikut:
- Jangka hayat lebih lama
- Tahan penyakit berjangkit
- Jenis omnivor
- Boleh hidup tanpa bantuan pam udara
SENARAI IKAN HIASAN
Berikut adalah merupakan senarai ikan haisan yang boleh anda letakkan dalam aquarium:
- Ikan Betta @ Ikan Laga
- Ikan ini berasal daripada habitat air tawar di benua asia tenggara, kebanyakannya berada di kawasan hilir sungai di sekitar batu, daun dan bawah mohon sungai. Ia sangat aktif apabila berada di dalam bekas.
- Ikan Guppy
- Ikan ini sama seperti ikan laga, ia juga boleh hidup di kawasan air tawar yang kosong sahaja.
- Ikan Koi
- Ikan koi boleh hidup dalam tempoh masa yang lama dengan pengawasan yang minima sahaja.
- Ikan Mas
- Sejenis ikan yang manja dan mudah untuk mati, namun ia masih boleh dikira sebagai ikan tahan lasak dengan pengawasan yang minima. Keunikan utama ikan mas ini adalah ia mempunyai fizikal yang menarik, seakan emas-keemasan.
- Ikan Molly
- Ikan Molly terbahagi kepada dua jenis iaitu ikan molly pendek dan ikan molly biasa.
- Ikan Pleco (Bandaraya)
- Ikan bandaraya mempunyai keunikan bentuk badannya yang mempunyai lubang di bahagian bawah. Lubang ini tidak lain adalah untuk memakan sebarang jenis kotoran dan makanan di dalam akuarium ikan hiasan anda. Ini menjadikan bekas ikan anda lebih bersih dan cantik.
- Ikan Discus
- Memiliki bentuk badan yang seperti ikan bawal, iaitu berbentuk seakan bulatan dan nipis. Ini menjadikan warna badan ikan ini lebih menonjol ditambah pula dengan variasi warna warni pada tubuhnya.
- Ikan ini dikatakan berasal daripada sungai amazon dan mempunyai perilaku yang agresif, ia kurang sesuai untuk diletakkan bersama ikan-ikan hiasan lain yang lebih kecil.
- Ikan Platy
- Ikan jenis ini sesuai untuk diletakkan bersama ikan hiasan lain kerana mempunyai keunikan corak dan warna serta perilaku yang tenang dan hidup berkelompok.
- Ikan Gouramis
- Ukuranya yang kecil sangat jelas apabila bersama-sama ikan lain di dalam akuarium.
- Ikan ini juga mempunyai warna yang menarik dan mudah untuk dijaga
- Ikan Swordtail
- Mempunyai ekor yang runcing seperti pedang. Ikan ini biasanya mempunyai warna merah pudar serta terdapat sedikit garisan hitam di bawah ekornya.
- Fungsi utama ekor yang tajam ini adalah untuk memikat pasangan di sekitarnya.
- Ikan Tetra
- Mempunyai keunikan garisan warna neon di badannya dan ukuran yang kecil, namun sangat cantik apabila mempunyai garisan warna sekan neon sepanjang badannya.
- Ikan Tiger Barb
- Ikan yang mempunyai corak seperti belang harimau. Ikan tiger barb ini mempunyai perilaku yang sangat agresif dan tidak mesra dengan ikan jenis lain.
Ketahui juga tentang SENARAI HARGA IKAN KELISA MENGIKUT JENIS DAN KELAS MALAYSIA
Trackbacks/Pingbacks