SENARAI IKAN LARANGAN UNTUK DILEPASKAN DI MALAYSIA

Jabatan Perikanan telah mewartakan Peraturan Perikanan yang melarang mana-mana individu mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup kerana terlalu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk di kawasan berkenaan. Kerajaan juga telah menyenaraikan spesis-spesis ikan larangan untuk dilepaskan di Malaysia.
KENALI TENTANG JABATAN PERIKANAN
Sejarah Jabatan Perikanan telah melalui beberapa fasa penubuhan apabila kerajaan British mula menubuhkan Unit Perikanan Kolonil pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Rendah Bagi Negeri-Negeri Selatan. Seterusnya ia melalui fasa selepas perang dunia kedua dan kemerdekaan, kemudian penambahbaikan dilakukan melalui Dasar Ekonomi Baru sehingga kini.
SENARAI IKAN LARANGAN UNTUK DILEPASKAN
Berikut merupakan senarai ikan larangan untuk dilepaskan tersebut:
No. | GENUS | NAMA TEMPATAN |
1 | Serrasalmus | Piranha |
2 | Serrasalmo | Piranha |
3 | Pygocentrus | Piranha |
4 | Catoprian | Piranha |
5 | Pygopristis | Piranha |
6 | Pristabrycon | Piranha |
7 | Colosamma/Piaractus | Pacu/Bawal Merah |
8 | Mylopus/Myleus | Pacu/Bawal Merah |
9 | Mylossoma | Silver Dollar |
10 | Myletes | Silver Dollar |
11 | Salmo/Oncorhynchus | Salmon |
12 | Salmo/Oncorhynchus | Trout |
13 | Cichla | Peacock Bass |
14 | Esox | Northen Pike |
15 | Cichlasoma | Flower Horn |
16 | Arapaima | Arapaima/Ikan Naga |
17 | Acipenser | Sturgeon |
18 | Lepisosteus | Ikan Buaya |
19 | Cherax | Red Claw |
20 | Bidyanus bidyanus | Silver Perch |
21 | Hemibagrus wyckioides | Baung Ekor Merah |
22 | Scortum barcoo | Jade Perch |
23 | Ctenopharyngodon idella | Kap rumput |
24 | Cyprinus carpia | Lee koh |
25 | Hypophthalmichthys molitrix | Kap perak |
26 | Hypophthalmichthys nobilis | Kap kepala besar |
27 | Hypostomus | Bandaraya |
28 | Labeo rohita | Rohu |
29 | Oreochramis | Tilapia |
30 | Polyodon Spathula | Paddlefish |
31 | Psephurus gladius | Paddlefish |
32 | Clarias gariepinus | Keli Afrika |
33 | Pangasius sanitwongsei | Patin (High Fin Catfish) |
34 | Catla catla | Katla |
KESAN KEPADA EKOSISTEM
Ikan berkenaan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara.
Ia juga boleh menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum
Ketahui juga tentang SENARAI IKAN HIASAN YANG DIGEMARI DI MALAYSIA (TREND TERKINI)
Trackbacks/Pingbacks